Search This Blog


Wednesday 31 August 2011

MINGGU 15 : Seminar Dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini Dan Mendatang


i) Apa Itu Seminar?



1) Contoh Seminar P&P Bahasa Melayu Berbantukan Komputer:


Antara Hasil BBM Berbantukan Komputer;



Contoh Borang Pemarkahan Pertandingan Seminar P&P berbantukan Komputer


ii) Apa Itu Pameran?



Jenis-jenis pameran:

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
2
Pameran Temporer
Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan
3
Pameran Keliling
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.

 

Saturday 27 August 2011

MINGGU 14 : Bengkel Cakera Padat Pembelajaran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Pengenalan

Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

i) Meneroka dan Mengklasifikasi Jenis Cakera Padat


Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:


 
 
Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran

Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu. 

AKTIVITI
JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
· Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.
TATABAHASA
· Cakera latihan tatabahasa


Tuesday 23 August 2011

MINGGU 13 : Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu


Pengenalan

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh hadir dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walau apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

a) Menggunakan Animasi Perkataan dan Objek Powerpoint

PowerPoint
  • Perisian Powerpoint atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
  • Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.

b) Fungsi-fungsi Tab dalam PowerPoint


 


c) Animasi PowerPoint yang Pertama (Picture, Clip Art, Shape, Smart Art, Chart)



d) Animasi PowerPoint yang Kedua (Transitions & Animations)







 


Monday 22 August 2011

MINGGU 12 : Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Pengenalan

Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan. Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

a) Jenis-jenis Alat Pengarangan


b) Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari:

c) Aplikasi Penyuntingan Bahan Bahasa Melayu dengan Menggunakan Alat Pengarangan




MINGGU 11: Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video


Pengenalan

Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran yang membantu P&P bahasa. Melayu selain menggunakan paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas.


1. Sidang video (telesidang video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
 
2. Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
 
3. Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
 
4. Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.
 
a) Jenis Perisian Sidang Video
 

 
Konferensi Secara Atas Talian

Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksud pertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, ter­utamanya di kalangan pihak-pihak yang mem­punyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.
 
b) Jenis Persidangan Video & Transmisi Sidang Video
 
 
c) Kebaikan Menggunakan Sidang Video
 
 
d) Konferensi Secara Atas Talian
 
 
 
Mengadakan Sidang Video Untuk Mengajarkan Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca Dan Menulis
 
 




MINGGU 10 : Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu


Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.

Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.


Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan

(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
(iii) Penentuan peringkat pengajaran
  • Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
  • Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:


Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

 (i) Kemahiran Berbahasa

Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaitu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantĂș mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.

i.i) Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio:

1. Penggunaan elemen teks

Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
  • Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat. 
  • Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. 
  • Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai.
  • Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan. 
  • Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
2. Penggunaan elemen grafik dan visual

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
  • Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. 
  • Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan. 
3. Penggunaan elemen audio
  • Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. 
  • Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.


      4. Panduan meggunakan elemen video 
      • Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
        5. Panduan menggunakan elemen animasi 
        • Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan. 
        • Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.
             
            Membina Bahan Video Dan Audio

            Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:
             
            (i) Membina bahan video
             
             
            (ii) Membina bahan audio

            Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.
             

            Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.
             
             


            Thursday 18 August 2011

            MINGGU 9 : Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman


            Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.

            a) Prosedur pengeditan

            Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.

            Langkah-langkah untuk pengeditan ialah: 

            - Proses pengeditan menggunakan MyBrochureMaker - http://www.mybrochuremaker.com/

            Langkah 1;


            Langkah 2;



            Langkah 3;


            Langkah 4;
             

            Langkah 5;


            Langkah 6;


            Langkah 7;



            Prinsip Mengedit



            Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

             
            Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes