Search This Blog


Friday 3 June 2011

Komputer Dalam Pendidikan

-Gambar hiasan-
 
Penggunaan ICT didalam bidang pendidikan, khususnya teknologi multimedia telah bermula sejak awal tahun 1990an. Di dalam era globalisasi ini, ICT telah dilihat sebagai satu alat yang telah mencetuskan anjakan paradigma yang telah mengubah kaedah pendidikan cara tradisonal kepada satu metod yang lebih cekap, fleksibel dan efektif (Uden & Campion 2001) . Dewasa ini kebanyakkan institusi pendidikan telah mula memperkenalkan pelbagai kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada ICT seperti pembelajaran secara atas talian, courseware, sidang video dan sebagainya (Govindasamy 2002).

Strategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak digunakan oleh institusi pendidikan terutama di institusi pengajian tingggi (Yusup Hashim 1994). Keadaan yang sama juga telah berlaku di peringkat sekolah, misalnya di sekolah-sekolah bestari, pengajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan pengajaran bahasa Melayu telah dijalankan dengan menggunakan komputer. Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains yang dijalankan dengan menggunakan komputer, bukan sahaja untuk tujuan pengajaran asas tetapi juga untuk tujuan mengira dan membuat simulasi tentang situasi makmal (Fred & Henry 1994).

Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer. Di dalam bahasa Inggeris ia dipanggil ‘Computer Aided Instruction’ dengan singkatan CAI. Panggilan lain seperti ‘Computer Based Instruction/Education’, ‘Computer Augmented Instruction’, ‘Computer Administered Instruction’, ‘Computer Managed Instruction’, ‘Computer Based Learning’, ‘Computer Enriched Instruction, dan sebagainya. Sedikit sebanyak perbezaan istilah ini mungkin akan mengelirukan terutamanya kepada orang yang masih baru dalam dunia komputer. Sebenarnya ia menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini (Norhashim Abu Samah, et al. 1991; Norhashim Abu Samah , et al. 1990; Zoraini Wati Abas 1994; Rao, et al. 1991; Norhashim Abu Samah, et al. 1996). Dua nama singkatan yang paling popular ialah CAI dan CAL. Umumnya CAI digunakan di Amerika Syarikat, manakala CAL lebih popular di negara-negara Eropah. Bagaimanapun kedua-duanya adalah bermaksud penggunaan komputer bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mencapai matlamat pendidikan di Malaysia dan hala tuju Wawasan 2020, satu anjakan paradigm diperlukan tentang penggunaan teknologi di sekolah. Oleh itu pada awal tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan konsep Sekolah Bestari yang bermula pada Januari 1999. Pemikiran baru dalam pendidikan,perkembangan teknologi dan ledakan maklumat memaksa kita melihat dan mengubah proses pengajaran dan cara menguruskan kurikulum sesuai dengan era tersebut.

Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan kemudahan komputer dalam proses mewujudkan Sekolah Bestari. Pada tahun 2005 sebanyak 90% sekolah di seluruh negara telah dibekalkan dengan kemudahan komputer.

Sebanyak 5,037 buah sekolah mempunyai makmal komputer, sejumlah 133,724 unit komputer telah dibekalkan di sekolah-sekolah dan terdapat 5,026 unit server telah dipasang di sekolah-sekolah di seluruh Negara termasuk sekolah-sekolah di luar bandar (Berita Harian 2005). Proses pengajaran dan pembelajaran bestari adalah berbantukan computer (PBK).

Mengikut Sander (1987), pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing computer melalui satu proses pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Moursund (1980) menyatakan bahawa PBK merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, iaitu interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan yang telah dipelajari.

Secara umumnya PBK ialah penggunaan komputer dengan satu program yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan guru untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan satu interaksi yang aktif antara pelajar dengan komputer (Rao et al. 1991).

Pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer di institusi pendidikan sentiasa dikaitkan dengan dua isu utama iaitu pertama, adakah guru akan menggunakan sepenuhnya sistem berkenaan dan keduanya adakah pelajar akan memperoleh faedah darinya.

Kemunculan Pengajaran Berbantukan Komputer Multimedia (MCAI) dalam arena pendidikan kini merupakan jawapan kepada persoalan di atas. MCAI memudahkan guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ini sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi,”saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham.” (Hizamnuddin Awang 1997 dalam Fazilah 1998). Kefahaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh pelajar untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari.

Kajian Ashfahani (2001) mendapati bahawa prestasi mata pelajaran fizik pelajar berkebolehan rendah adalah lebih tinggi berbanding prestasi pelajar berkebolehan tinggi dalam penggunaan komputer. Dapatan kajian yang sama juga diperolehi oleh Mustapa dan Naufal (2005) terhadap pelajar berkebolehan rendah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Kajian mereka menunjukkan kumpulan tahap kebolehan rendah berjaya mencapai keputusan yang lebih baik secara signifikan berbanding pencapaian kumpulan tahap kebolehan tinggi (t = -5.7, p =0.00)

Pelbagai sumber rujukan yang disediakan khusus untuk para pelajar seperti berikut;

i.                    Tutoran ; Mengadungi modul berintraktif yang merangkumi 3 tahap pembalajaran, iaitu peringkat rendah, menengah rendah dan menengah atas untuk 4 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
ii.                  Belajar IT: Tutoran tentang perisian aplikasi pejabat seperti pemprosesan perkataan dan hamparan kerja, penyunting HTML, penyunting grafik, glosori IT, pemasagan komputer, rangkaian dan pautan kepada beberapa tutoran pilihan dan perisian percuma di internet.
iii.                Tahukah Anda: Maklumat tentang pelbagai keajaiban dan fakta berkaitan sains, geografi, manusia dan Seni Bina.
iv.               Perkongsian Pintar: Panduan dan petua dari guru siber untuk pelajar menyiapkan sesuatu projek termasuk perkongsian maklumat antara pelajar.
v.                 Forum: Ruangan untuk pelajar berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara atas talian sahaja.
vi.               Bahan-bahan Laian: Berita, artikel, petua kemahiran belajar, bicara IT, pautan e-pembelajaran tempatan, e-mail, akhbar dan majalah. (Bahagian Teknologi Pendidikan: 5-11)

‘The internet can offers teachers a lot of resources, communication, capabalitity, instructional activities and a wealth of ideas fo how to improve your lessons.’ Tan Chye Chee: 211)

MyschoolNet menyediakan sumber rujukan yang dikhaskan untuk guru seperti berikut;

i.                    Pengajaran dan Pembelajaran: Menyediakan panduan tentang model pengajaran dan pembelajaran seperti Kepintaran Pelbagai (Multiple Inteligences), Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir (KBSB), Pembelajaran Masteri (Mastery Learning, dan Kajian Tindakan.
ii.                  Pentaksiran: Maklumat tentang format dan contoh amalan penilaian dan pentaksiran.
iii.                Pengurusan Bilik Darjah: Memuatkan pelbagai artikel berkaitan pengurusan bilik darjah.
vii.             Belajar IT: Tutoran tentang perisian aplikasi pejabat seperti pemprosesan perkataan dan hamparan kerja, penyunting HTML, penyunting grafik, glosori IT, pemasagan komputer, rangkaian dan pautan kepada beberapa tutoran pilihan dan perisian percuma di internet.
iv.               Perkongsian Pintar; Memauatkan senarai pemenang Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia berserta kertas kerja projek, foto, alamat rujukan pemenang dan sebagianya. Program kerjasama pendidikan bertaraf antarabangsa  seperti ‘Malaysian-British School Link Program’ yang melibatkan kerjasama antara sekolah di Malaysia dengan sekolah di United Kingdom, dan projek semasa yang seumpamanya.
v.                 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran: Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran semua mata pelajaran peringkat KBSR dan KBSM.
vi.               Forum: Ruangan untuk guru berkongsi dan bertukar-tukar pendapat  dan pengalaman secara atas talian sahaja.


Pro Forma Kursus (Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian)

Pro Forma Kursus
Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)

Nama Kursus
Pengajaran Dan Pembelajaran  Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
(Computer Aided in Teaching and Learning Malay Language)
Kod Kursus
BMM 3105
Kredit
3 (0 + 3)
Jam Interaksi
90 jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama/Kedua
Hasil Pembelajaran
1.    Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2.    Memilih bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5.    Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam Internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
6.    Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis
Kursus ini menjelaskan penggunaan Internet, pemilihan bahan Internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara on  line; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan Internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

This course describes the usage of Internet, selection of Internet resources, website, learning homepage; on-line and off-Line learning; link model in organizing resource, linkage within resources; onlline teaching resources editing; using Malay language in Internet; teaching of Malay language through video conferencing, usage of writing tools; animation in presentation; and using learning CDs in teaching and learning Malay language.


Tajuk
Kandungan
Jam
1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
  • Menggunakan web, video, audio, dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.

6
2
Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

6
3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point

6
4
Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain

6
5
Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu

6
6
Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian
6
7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
  • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.

6
8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
  • Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

6
9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian
  • Prosedur pengeditan
  • Prinsip pengeditan
  • Melaksanakan pengeditan

6
10
Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bilik Darjah Maya
  • Membentangkan hasil kerja antara institut
  • Melaksanakan interaksi antara pelbagai institut

6
11
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
  • Konferensi secara dalam talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
  • Merakamkan perbualan

6
12
Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  • Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
3
13
Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan
6
14
Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

6
15
Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran

6

JUMLAH

90

Penilaian
Kerja kursus                        100%
Peperiksaan Akhir               -

Rujukan Asas
Beatty, Ken. (2003). Teaching and Researching computer-assisted language learning.  London: Longman.

Rujukan Tambahan
Bull Susan. (1993).  Towards user system collaboration in the development of a student model for intelligent computer assisted language learning.  Edinburg: Universtiy of Edinburg.


Bull Susan. (1994). Student modelling beyond domain knowledge.  Edinburg: University of Edinburg.


Hardisty, D., Windeatt, S., (1989) Call.  London: O.U.P.


Levy Micheal.  (1997).  Computer-assisted language learning: Context and Conceptualization.  Oxford: Oxford University Press.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes