Search This Blog


Tuesday 19 July 2011

MINGGU 1 : Apakah Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu?

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej

1.1.1 Menggunakan laman web
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet:


Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat contoh di bawah.

-Taipkan alamat carianl/ URL di kotak pencari bahan-
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan 'Youtube Downloader'. 'Youtube Downloader' ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan 'Youtube Downloader' ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan.
Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder TAJUK 1. Di dalam folder TAJUK 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks, seterusnya masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah;

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.

Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.

Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
- Pencarian 'resepi masakan' -



Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
 
--> Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet

Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.

Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah di klik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik 'copy'.

Urutan perkara yang perlu dilakukan
Buka fail Microsoft Word dan klik 'paste' alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Microsoft Word.
'Paste' kan alamat web ke dalam fail Microsoft Word

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik 'copy'.

Buka fail Microsoft Word dan klik 'paste' alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Microsoft Word.

Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
Alamat Internet

Menambah Nilai Buku
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Memperkasa Pantun Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm


Bergaya Dengan Teknologi Nano
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm


Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm


Pantun Melayu
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm




1.3.2 Katalog Alamat Internet
 
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
 
Tajuk
URL
Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya;

Katalog Alamat Internet

Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa

Tajuk
Seni Tenun Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.
Tajuk
Tatabahasa Kata Nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.







 

0 comments:

Post a Comment


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes