Search This Blog


Tuesday 16 August 2011

MINGGU 6 : Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Pengenalan

Struktur perpautan digunakan sebagai penuntun alur sebuah aplikasi  multimedia atau dapat pula dianalogikan sebagai diagram alur dalam  perancangan bahasa pengaturcaraan. Struktur ini berfungsi untuk  menggambarkan dengan jelas hubungan dan rantai kerja semua elemen yang  akan digunakan dalam aplikasi.  Dengan penggambaran struktur navigasi, pembuatan sebuah aplikasi boleh  sistematik dan mudah. Jenis struktur navigation dikumpulkan menjadi 4  struktur yang berbeza iaitu heirarki, komposit, linear dan rangkaian yang  mempunyai perbezaan dalam bentuk rangkaiannya.



1. STRUKTUR LINEAR

Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.

 
Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan. Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.
 

2. STRUKTUR HIERARKI


  • Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
  • Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.


3. STRUKTUR RANGKAIAN

Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel.
 
 
 
4. STRUKTUR KOMPOSIT
Ia merupakan struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Malahan, ia juga sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
 
4.1 Kesan kepada pelajar
  • Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
4.2 Kepentingan akses struktur perpautan
  • Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa sub-pautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.
 
 
 

 

1 comments:

Hasnah Lajis said...

Perkongsian ilmu yang sangat bagus. Terima kasih

Post a Comment


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes