
Cabaran Memperkembang Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat
Apabila berdepan dengan teknologi maklumat (TM), Internet, ruang siber, globalisasi dan liberalisasi, apakah yang terjadi dan akan terjadi kepa da bahasa Melayu nanti? Yang jelas ialah pendulum di seluruh dunia telah berayun ke arah mempelajari dan memperkembang bahasa Inggeris, bahasa dunia!
Jawapan kepada soalan di atas terletak pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dan kekreatifan kita menggunakan bahasa Melayu, yang sudah mempunyai kekuatan dan status yang ada; bahasa yang keempat besarnya di dunia. Beberapa isu itu sudah dibincangkan dalam rencana saya dalam Dewan Bahasa (November 2003: 16-24). Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat-sifat asasi yang...